KUALA LUMPUR: Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.
Chee yang berusia 83 tahun dipilih atas jasanya membesarkan seorang kanak-kanak beragama Islam mengikut ajaran Islam. Dia menerima anugerah berkenaan menerusi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Wanita itu membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang beragama Islam pada usia dua bulan selepas ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan seorang pembantu warga Indonesia tempat Chee pernah bekerja.
Ketika membesarkan Rohana, Chee berusaha memastikan Rohana tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Rohana, yang tidak mempunyai kerakyatan, dianugerahkan kerakyatan Malaysia pada April selepas mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Rohana juga kini sedang mengikuti pengajian sains komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Penerima lain Anugerah Maulidur Rasul 2022 termasuk penyanyi dan pengacara Syazrina Azman, atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina; pensyarah Universiti Malaya Azizan Baharudin; penerbit eksekutif penyiaran Ahmad Noor Sulaiman; Pengerusi Yayasan Zikay Khay Ibrahim; dan kaunselor berdaftar Hushim Salleh.
Sementara itu, tokoh korporat Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun ini.
Astro Awani
Sun Oct 09 2022
Chee berusaha memastikan Rohana tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa). - Foto BERNAMA
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Wanita Cina besarkan gadis Islam terima Anugerah Maulidur Rasul
Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.